apa hang tau?

apa hang tau?

Saturday, December 11, 2010

Bawa barang guna minyak, bukan air liur 2


hahahaha..padan muka rakyat..
rakyat kena bayar la.. lu duit ada ka, lu duit takdak ka, lu punya pasal..
gua mau naik juga.. semalam dah dengar kes ragut rm10 then kena tangkap, kena duduk penjara 4 tahun.. berbaloi ka? hahahahaha
kenapa agaknya sampai macam tu sekali yeee...? susah sangat ka rakyat Malaysia ni?
jangan pandang remeh laa.. Sebab tu la dari dulu suruh guna undang-undang Islam..
Dinar, Dirham..tak perlu lagi bergantung kepada nilai Dollar US!!!! 
penipu semua tu!! tapi kerajaan kita ni bongkak.. duit gaji diaorang tak pernah turun walau RM0.05sen. Tapi rakyat ni, anytime diaorang umumkan kenaikkan.. 
hush..sungguh mudah jadi pemimpin ni..
hushh..sungguh malang jadi rakyat ni...
kenapa masa ni Sultan-sultan tak pernah murka pun.. masa-masa rakyat tengah susah..tengah meraih simpati.. tengah nak mati!!! 
hush... aku kena sabar..sabarrrr..sabarrrrrrr
KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS menganggap amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob(gambar bawah tu) kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata Ismail cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga.
“Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Nampaknya, kata beliau kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung.
Ustaz Idris Ahmad
Katanya, alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus.
Sepatutnya, tambah Idris pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat.
Katanya, kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan daripada pusat.
“Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini,” ujarnya lagi.
Pihak kerajaan, ujarnya perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik, maka semua perkara akan naik.
“Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara,” ujarnya sinis.
Tambahnya, jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, elektrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus.
sumber: KLIK HD

Saturday, December 4, 2010

Bernard Dompok memang bahaya.. 0

Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun (UPKO) melalui Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok hari ini menyarankan agar kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan supaya kaum orang asli dapat menikmati keistimewaan sama seperti kaum Melayu atau bumiputra...
hohoohohohoho..
sangat bahaya orang ini...
ini lah dakyah Kristian yang di bawa-bawa oleh si celaka ini...
mereka ni memang mahu mengambil kesempatan di atas akta orang asli yang sememangnya membantu kaum orang asli di negara kita untuk terus menikmati keistimewaan..


jika perkara ini berlaku bermakna, keistimewaan yang mereka perolehi akan jadi maha hebat daripada orang2 melayu di negara kita..


sudah pasti sekarang ini mereka bernaung di bawah kuasa NGO-NGO Kristian seperti UPKO ini..


tetapi jika di perhatikan kredibiliti kerajaan persekutuan sekarang yang memang lemah, aku jangkakan tidak mustahil perkara ini boleh berlaku...


nauzubillah...


baca berita penuh di... K L I K

Friday, December 3, 2010

Suhakam: Iktiraf tanah keturunan Orang Asli 0

PSS : woi.. berapa ramai lagi orang Felda yang dari dulu dok mintak hak tanah depa di iktiraf.. 
PSS : woi.. berapa banyak tanah orang asli atas bumi Malaysia ni.. (kalau iktiraf habis la hutan simpan, hutan kekal kat M'sia ni)
PSS : woi.. berapa banyak Suhakam dapat kalau tanah orang asli di iktiraf? tak guna punya Suhakam..


Pihak berkuasa perlu mendapat kebenaran daripada Orang Asli sebelum melaksana projek di kawasan mereka, kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee(gambar).


Beliau berkata mereka perlu diberi masa yang mencukupi untuk melahirkan pandangan mereka tentang sesuatu projek itu.

"Permintaan orang Asli adalah mudah. Mereka perlu diminta pendapat sekiranya sebarang projek mahu dibangunkan yang melibatkan mereka atau kawasan mereka," katanya dalam ucaptama pada seminar mengenai hak Orang Asli anjuran Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia dengan kerjasama Suhakam di Kuala Lumpur semalam.

Masyarakat orang Asli mewakili kira-kira 12 peratus daripada jumlah keseluruhan 28 juta penduduk negara ini, yang diwakil oleh lebih 64 kumpulan etnik.

Dr Khaw juga berkata pihak berkuasa perlu mengiktiraf tanah milik keturunan Orang Asli yang berupa sumber ekonomi dan sosial mereka.

- Bernama