apa hang tau?

apa hang tau?

Saturday, December 11, 2010

Bawa barang guna minyak, bukan air liur


hahahaha..padan muka rakyat..
rakyat kena bayar la.. lu duit ada ka, lu duit takdak ka, lu punya pasal..
gua mau naik juga.. semalam dah dengar kes ragut rm10 then kena tangkap, kena duduk penjara 4 tahun.. berbaloi ka? hahahahaha
kenapa agaknya sampai macam tu sekali yeee...? susah sangat ka rakyat Malaysia ni?
jangan pandang remeh laa.. Sebab tu la dari dulu suruh guna undang-undang Islam..
Dinar, Dirham..tak perlu lagi bergantung kepada nilai Dollar US!!!! 
penipu semua tu!! tapi kerajaan kita ni bongkak.. duit gaji diaorang tak pernah turun walau RM0.05sen. Tapi rakyat ni, anytime diaorang umumkan kenaikkan.. 
hush..sungguh mudah jadi pemimpin ni..
hushh..sungguh malang jadi rakyat ni...
kenapa masa ni Sultan-sultan tak pernah murka pun.. masa-masa rakyat tengah susah..tengah meraih simpati.. tengah nak mati!!! 
hush... aku kena sabar..sabarrrr..sabarrrrrrr
KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS menganggap amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob(gambar bawah tu) kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata Ismail cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga.
“Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Nampaknya, kata beliau kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung.
Ustaz Idris Ahmad
Katanya, alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus.
Sepatutnya, tambah Idris pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat.
Katanya, kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan daripada pusat.
“Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini,” ujarnya lagi.
Pihak kerajaan, ujarnya perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik, maka semua perkara akan naik.
“Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara,” ujarnya sinis.
Tambahnya, jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, elektrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus.
sumber: KLIK HD

2 comments: