apa hang tau?

apa hang tau?

Friday, December 3, 2010

Suhakam: Iktiraf tanah keturunan Orang Asli

PSS : woi.. berapa ramai lagi orang Felda yang dari dulu dok mintak hak tanah depa di iktiraf.. 
PSS : woi.. berapa banyak tanah orang asli atas bumi Malaysia ni.. (kalau iktiraf habis la hutan simpan, hutan kekal kat M'sia ni)
PSS : woi.. berapa banyak Suhakam dapat kalau tanah orang asli di iktiraf? tak guna punya Suhakam..


Pihak berkuasa perlu mendapat kebenaran daripada Orang Asli sebelum melaksana projek di kawasan mereka, kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee(gambar).


Beliau berkata mereka perlu diberi masa yang mencukupi untuk melahirkan pandangan mereka tentang sesuatu projek itu.

"Permintaan orang Asli adalah mudah. Mereka perlu diminta pendapat sekiranya sebarang projek mahu dibangunkan yang melibatkan mereka atau kawasan mereka," katanya dalam ucaptama pada seminar mengenai hak Orang Asli anjuran Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia dengan kerjasama Suhakam di Kuala Lumpur semalam.

Masyarakat orang Asli mewakili kira-kira 12 peratus daripada jumlah keseluruhan 28 juta penduduk negara ini, yang diwakil oleh lebih 64 kumpulan etnik.

Dr Khaw juga berkata pihak berkuasa perlu mengiktiraf tanah milik keturunan Orang Asli yang berupa sumber ekonomi dan sosial mereka.

- Bernama

No comments:

Post a Comment