apa hang tau?

apa hang tau?

Monday, November 29, 2010

Leftenan Muda untuk Ketua Kampung ?


Ketua Kampung Akan Dipakaikan Pangkat Leftenan Muda(RELA) - KOL. KEHORMAT (RELA) YB DATO HAMIDAH OSMAN

Kol. Kehormat YB Dato Hamidah Osman memeriksa perbarisan anggota Rela
Anggota Rela merupakan satu cabang organisasi keselamatan yang di anggotai oleh semua lapisan kaum. Walaupun mereka bertugas secara sambilan mereka dianggap pasukan keselamatan yang banyak membantu kerajaan dalam mengawasi terutamanya keselamatan lalulintas dan keselamatan kawasan kampung. Oleh kerana peranan mereka terlalu penting untuk  masyarakat hari ini.satu Kempen Penambahan Ahli Baru terus dibuat demi membesarkan keanggotaan pasukan Rela. 
YB Dato sedang memberikan ucapan perasmian
Oleh itu satu Majlis Perasmian Pelancaran Kempen Penambahan Ahli Baru Daerah Batu Gajah telah dirasmiakan oleh Kol. Kehormat (Rela) YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat juga Exco Kanan kerajaan negeri Perak. Dalam ucapan perasmian beliau mengingatkan supaya anggota Rela bukan sahaja dapat membantu kerajaan didalam menstabilkan keamanan tetapi dapat bersama masyarakat dalam kerja-kerja kemasyarakat seperti gotong royong dan sebagainya. YB Dato Hamidah mengingatkan anggota Rela agar bertugas dengan penuh berhemah dan selalau bersama-sama masyarakat dalam apa juga majlis.
YB Dato Hamidah memakaikan pangkat kepada salah seorang anggota Rela
Dalam majlis ini seramai 13 orang telah dinaikkan pangkat Ltm. , Sjn , Kpl dan Lkpl.  Buat masa ini keanggotaan Rela diseluruh negeri Perak seramai 221,000 orang. Dalam Daerah Batu Gajah lebih 7000 orang dan dalam DUN Sungai Rapat seramai 1800 orang.
Platun Rela dari orang asli
YB Dato Hamidah mencadangkan agar semua ketua Kampung akan dipakikan pangkat Leftenan Muda secepat mungkin bagi mengetuai platun Rela dari setiap kampung.
____________________________________________________________________________________________
kahkahkah..
makin kalut la semua para ketua kampung lepas ni. 
Lepas ni geng-geng Tok Batin plak dok kalut mintak Leftenen Kolenel teruih..
kahkahkah..

2 comments:

  1. RELA ? Pernah dengar , tapi tak tau apa pun pasal RELA . Apa tu ek ? Hurmm ..

    ReplyDelete
  2. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia(Rela)
    http://irela.moha.gov.my/

    ReplyDelete