apa hang tau?

apa hang tau?

Friday, November 26, 2010

Kerajaan terkejut - ramai PENJAWAT AWAM 'kaki' masalah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan 
Salam 1 Malaysia(macamana nak jawap?)

BH semalam menyiarkan berita yang pada aku memang best. 
Penjawat awam banyak bermasalah.
Takkanlah kerajaan Malaysia terkejut kot dengan masalah ni? hahahaha

Sebenarnya masalah itu ialah sebahagian daripada proses hidup. Setiap orang akan mengalaminya, tidak kira ia orang biasa, orang kaya, orang alim, bahkan aku pun selalu berhadapan dengan masalah. Aku tidak pernah memandang masalah sebagai cubaan, kerana aku masih percaya Allah Taala tidak akan menciptakan aku melainkan hanya untuk bahan percubaan.

Dan isu penjawat awam bermasalah ini pada aku tak perlu untuk kita lihat kepada aspek yang mendalam. Cukup hanya jika kita fikirkan kenapa seseorang itu bermasalah? 
Kadang-kadang masalah itu boleh datang walaupun tidak dipengaruhi oleh apa-apapun. Kan?
Dan kadang-kadang masalah itu datang kepada kita melalui orang lain walaupun kita tidak terlibat tetapi disabitkan(contoh best-DSAI). Dan jika penjawat awam bermasalah, pastinya ada sesuatu yang menyebabkannya bermasalah.

Tidak mungkin dahan bergoyang kalau tidak ada angin(betoi ka ayat tu:))
Dan jika mereka(PA a.k.a penjawat awam) bermasalah pasti masalah itu datangnya sedikit sebanyak daripada majikannya. Kalau majikan tu ok, pekerja yang cerdik takkan cari masalah dengan majikan tu kan? 

Pada aku, jika PA itu hidup aman damai, senang lenang mereka tidak akan sengaja cari masalah melainkan dia itu memang bermasalah atau dah lama tak ada masalah.Huhuhu.
contoh budak2: Budak kecik menangis kerana dahagakan susu dan bila mak budak ni bagi susu,kompom budak ni berhenti menangis.. 
PA pulak bermasalah kerana dahagakan apa? Yang aku pasti dan yang pertamanya.. masalah DUIT kan?

Inilah norma kehidupan. Banyak faktor kalau nak melibatkan soal masalah ini. 1001 masalh kalau memang nawaitu itu 'sukakan masalah'. Mudahnya, mungkin masalah itu memang daripada keluarga itu sendiri, orang awam, persekitaran dan sebagainya.(trafik light yang jujur itu pun bermasalah jika kita ada masalah kan?). 

Tetapi jika masalah itu berkaitan disiplin pasti ada sesuatu yang tidak kena. Kan?? huhuhuh..
Teruk sangatkah PA ni untuk dikaitkan dengan semua permasalahan tu? Apa puncanya?Apa penyebab dan kemungkinannya? Bukankah mereka(PA) dipilih oleh badan kerajaan sendiri selain melalui tapisan temuduga, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Sejujurnya, aku sendiri pun bermasalah. Lebih lebih lagi bila hujung bulan. Macam-macam nak kena bayar. Semuanya tidak lain dan tidak bukan berkenaan dengan DUIT a.k.a MONEY. 
Sudah hampir tiga tahun aku bekerja tapi hutang PTPTN 4 tahun lepas pun aku belum habis bayar(ptptn-aku hutang 10ribu jee). Nak belajar wajib berhutang, bila dah kerja wajib bayar hutang. 

Bila difikirkan tak salah jika aku katakan aku diasuh oleh kerajaan sejak dari zaman remaja untuk terer berhutang.. hahahah. Contoh paling rasional.. time nak sambung belajar. Kalau tak dapat masuk IPTA al-maknyanya korang kenalah spare segenggam ribu-ribuan untuk dapat walau segulung diploma. Kalau dapat belajar di IPTA pun kena jugak buat loan PTPTN kan? hahahaha.

Aku pasti kebanyakkan PA di luar sana pun mengalami cerita yang sama dengan aku. Tapi dalam masa yang sama bila dah berlevel 'pekerja' nak jugak untuk ada kereta, barang 'admire' dengan duit sendiri. Kalau mak bapak korang kaya rayan tak apalah. Mungkin mudah untuk dapatkan benda2 yang korang impikan. Kalau sebaliknya? huhuhu.

Duit yang dibayar kerajaan bulan2 tu pun sebenarnya cukup2 makan je. Saving pun pasti burn bila sampai ja hujung bulan.(renew roadtax, servis kereta,bayar saman) Hahaahah. So, dimanakah lagi sumber untuk dapatkan wang tambahan anda? hahahaha.. Lu piki la sendiri..

1 masalah tu pun dah cukup untuk jadikan aku ni seorang yang bermasalah. Dan masalah itu juga menjadikan aku seorang yang sangat sukar untuk memahami pengertian 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Sebagai rakyat, aku cuma rasa aman damai daripada kacau bilau je. Tapi kacau bilau dalam hati yang umpama tsunami ni tak pernah kerajaan tahu.
Dan sebagai kakitangan yang bukan daripada golongan profesional, sangat layaklah untuk aku kurang pandai untuk handle masalah ni dengan bijaksana. Tapi ini semua cerita aku. Duit ialah masalah utama aku. Dan duit juga menyebabkan kadang2 aku terasa tak redha dengan kerja kerana mengeluh. huhuhuhu..

Bagaimana kerajaan nak hapuskan gejala rasuah kalau keadaan sebegini terus menjadi cerita hidup rakyat. Kos hidup dah cukup untuk membebani seseorang. Apatah lagi jika PA itu berkeluarga. huhuhu

Entahlah.. hidup mesti di teruskan.. hutang wajib di bayar.. duit? mana mau korek... hahahaha.. Bacalah cerita di bawah.. betapa terkejutnya orang2 besar Kerajaan Malaysia berkaitan masalah penjawat awam ni... hahahahaha


PENJAWAT AWAM BERMASALAH PERLU DIATASI SEGERA
Berita Hairan 
25/11/2010 

PENDEDAHAN Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah (gambar) kelmarin yang melaporkan 6,133 orang penjawat awam didapati bermasalah dan berprestasi rendah pada 2009 cukup mengejutkan semua pihak. 

Walaupun ia cuma membabitkan peningkatan sebanyak 0.84 peratus berbanding 2008 iaitu 5,344 kes, bilangan peningkatan 789 kes itu tidak boleh dipandang ringan mahupun diabaikan begitu saja. Kata Abu Bakar, antara masalah utama yang membabitkan kakitangan awam ialah masalah disiplinhubungan antara pekerja, psikologi, prestasi rendah dan masalah kesihatan kronik seperti sakit jantung, kencing manis atau barah.Tambah beliau, masalah disiplin, kesihatan dan prestasi rendah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada masalah dalam kalangan penjawat awam. 

Pendedahan ini cukup mengejutkan terutama sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan, beliau secara berterusan melaksanakan pelbagai transformasi dan pembaharuan dalam perkhidmatan awam. 


Ia meliputi pemberian insentif, kenaikan pangkat, hadiah wang tunai kepada jabatan yang cemerlang serta yang terkini pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mulai tahun 2011 yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2011 yang lalu. 

Isu seperti ini menjejaskan imej perkhidmatan awam. Ia menimbulkan persoalan sejauh mana penjawat awam mampu menggalas peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan. 
Walaupun bilangan yang bermasalah masih kecil ia meninggalkan kesan dalam perkhidmatan awam jika tidak ditangani dengan segera.

pss: memang lawak sangat berita ni.. HAHAHAAHAHAHA. Lagi sekali PA diperbodohkan - alasan untuk "tak payah PA duk mimpi nak dapat bonus hujung tahun ni" 
nationmaster.com

2 comments:

  1. Rasa-rasanya.... menteri2 kat Malaysia ni lagi banyak masalah banding dengan penjawat2 awam....

    ReplyDelete
  2. memang makin dok mai masalah.. entahlah, kasihan pada kakitangan awam yang punya ramai anak.

    ReplyDelete