apa hang tau?

apa hang tau?

Tuesday, November 2, 2010

Tak guna punya bangsa ni!!


Orang Asli Sifatkan Pas Kelantan Lebih Zalim Daripada Yahudi!

GUA MUSANG, 1 Nov – Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap lebih zalim daripada “Yahudi” atas tindak tanduk mereka berhubung masalah tanah yang membabitkan  Orang Asli.
Ketua Kampung Pos Brooke,  Abdul Rashid Akoh berkata pembangunan Ladang Rakyat di kawasan berkenaan yang kononnya untuk membantu Orang Asli hanyalah sekadar gimik politik dan janji palsu semata-mata.
Menurut beliau, janji yang ditabur kepada kepada masyarakat Orang Asli hanyalah sekadar janji dan seolah dipermain-mainkan oleh  kerajaan negeri  yang kononnya  melaksanakan pentadbiran berteraskan Islam.
“Mereka yang menerima daripada hasil Ladang Rakyat hanya beberapa kerat sahaja dan kami bingung mereka yang tidak menetap di sini pun dapat dividen berkenaan.
“Sudahlah tanah kami dibangunkan tanpa kerelaan yang menjejaskan punca ekonomi kami, dividen pun tidak diagihkan sama rata. Tanah-tanah adat kami begitu rakus dibangunkan untuk Ladang Rakyat. Tanah kubur datuk nenek moyang kami langsung tidak diambil kira. Pendek kata mereka hanya pandang kami sebelah mata sahaja. Apakah ini yang Nik Aziz kata sebagai membangun bersama Islam,” katanya.
“Sudahlah tanah kami dibangunkan tanpa kerelaan yang menjejaskan punca ekonomi kami, dividen pun tidak diagihkan sama rata. Tanah-tanah adat kami begitu rakus dibangunkan untuk Ladang Rakyat. Tanah kubur datuk nenek moyang kami langsung tidak diambil kira. Pendek kata mereka hanya pandang kami sebelah mata sahaja. Apakah ini yang Nik Aziz kata sebagai membangun bersama Islam,”
Beliau berkata demikian dalam tembual ekslusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.
Beliau seterusnya menegaskan kezaliman kerajaan negeri seolah-olah tidak ada penghujungnya apabila satu demi satu tanah orang asli diambil oleh syarikat-syarikat yang didakwa telah mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri.
“Hutan-hutan telah ditoreh dengan rakus, air sungai menjadi kuning, sumber kehidupan kami cukup terganggu. Nak cari makan pun susah. Rotan-rotan dan manong amat sukar untuk dijumpai lagi. Kehidupan kami cukup terhimpit,” katanya.
Menyentuh masalah geran tanah terhadap kawasan orang asli, beliau menegaskan perkara itu merupakan  satu lagi sandiwara kerajaan negeri.
“Saya sudah dua kali berjumpa sendiri dengan Nik Aziz untuk menyelesaikan masalah geran tanah di Pos Brooke ini. Pada tahun 1998 kalau tidak silap saya, selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz beliau turun meninjau kawasan kami.
“Cuma sekadar tinjau di kawasan pembalakan sahaja dan bukannya untuk selesaikan geran tanah.  Selepas itu beliau cakap kerajaan negeri akan tengok. Sampai ke hari ini asyik tengok ajerlah. Kalau Nik Aziz nak bersemuka, saya sedia bersemuka dengan beliau,” katanya.
Justeru beliau menempelak kedatangan Nik Aziz ke salah satu kawasan orang asli di kawsan berkenaan hari ini yang kononnya untuk memberikan geran tanah.
“Itu hanya sekadar gimik sahaja. Bayangkan sudah 20 tahun memerintah Kelantan, masalah ini tidak berjaya diselesaikan. Apa yang lebih menyedihkan geran yang kononnya diwar-warkan untuk diagihkan itu ukurannya daripada tiang ke tiang.
“Maksud  geran yang dijanjikan hanya sekadar geran tanah seluas rumah yang kami diami. Itu pun kalau benar ada. Namun berdasarkan kepada pengalaman lalu, perkara itu akan berkumandang setiap kali pilihan raya umum. Kami dihina sedemikian rupa,” katanya.

pss: Siapa hang untuk hang cakap PAS itu umpama Yahudi? Celaka!!!!

No comments:

Post a Comment